Thursday, 17 January 2013

Bachok.. Bechik.. Daing.. Ambok.. memang confirm anak Bugis ae..huhuhu..

Salam semua.. hamboi dah lama x update blog anak Bugis kan.. tapi saya tak pernah lupa u alls..tetap dalam ingatan..cumanya bz sikit.. ye ke bz???.. saje nak buat2 bz.. huhu.. biar u alls rasa RINDU...hahaha... RINDU ke???.. tak rindu takpe.. saya sedar siapalah saya ni nak dirindui.... 
(ayat sedih... sob..sob..sob..) 

Oklah.. u alls saya tak merajuk ok... hehe..
Apa??? dah cuba lauk 'NASU BALE FARANG & BEJABUK'.. yang saya tulis post yg lepas..ye ke???.. amacam sedap kan???.. huhu.. tapi post kali ni.. lain sikit sebab saya nak cerita pasal nama.Nama adalah panggilan seseorang kepada seseorang individu.Ok untuk mengelakkan kekeliruan semua.. nama yang saya maksudkan kali nama yang melambangkan anak orang Bugis.Orang kata kalau nama seseorang tu ber BIN dan ber BINTI kan nama seperti.. Bachok, Daing, Ambok memang confirm anak orang Bugis.. betul ke???

Emm... rasanya betul.. korang setuju tak???.. ada ke seseorang tu bila di BIN kan dan ber BINTI kan nama macam contoh kat atas tu anak kepada orang Jawa,Banja, ke Melayu.. kalau ada bagitau saya ye..hehe pelik juga kalau ada.. :)

Emm.. tak kisahlah kan.. tapi post kali ni saya nak cerita tentang nama orang Bugis.. nama pun blog anak ugik kan.. mestilah cakap pasal orang Bugis.. tak kan nak cerita tentang anak mat saleh kot.. hehe..

Ok.. korang perasan tak nama orang Bugis ni unikkan... penuh dengan maksudnya yang tersendiri.Nama orang Bugis yang pangkalnya ada nama Daing, Andik, Embok mungkin ini merupakan nama keturunan mereka atau memang ada maksudnya yang tersendiri.Hanya pemberi nama tersebut je yang tahu kan... nanti ada masa kita kaji nama panggilan tu ye... :)

Nama anak orang Bugis ni memang unik.Tapi ada juga yang suka mengejek nama orang tu.Saya ingat lagi masa zaman sekolah dulu.. ada nama anak orang Bugis ni agak unik dan pelik sikit.. lepastu adalah sipolan dan sipolan ni suka mengejek nama budak tu.. kesian dia.. sampai naik malu dia.Nama tu kan satu doa tak baik kita nak mengejek nama orang tu.Semua mesti ada peristiwa atau maksud yang tersendiri kan.. Oleh itu jangan lah.. kita persendakan nama orang ok.. sebab semua tu satu doa...

Cuba korang bayangkan... 20 tahun akan datang kita blh cam tak.. orang tu anak Bugis ke tak..

_-_-_-- ---_ ---_____ ------ ____------____------_____------____------______------_____---

dah bayangkan???...huhu.. ok dulu mmg kita boleh agak seseorang tu anak Bugis sebab ada nama petanda macam tu.. tapi sekarang dah tak boleh nak agak dah.Anak orang Bugis tapi nama anak dia ala-ala anak orang putih.. hihi.. contohnya Darmisya.. Darmish..DXLYZ.. dan macam-macam lagilah.. boleh terbelit jugaklah lidah ni nak menyebutnya.Lepas tu.. nama sampai 2-3 suku kata.Kesian cikgu-cikgu di luar sana yang kena tulis @ taip nama diorang yang panjang lebar dekat buku rekod nanti.. hehe sabor je la...

Emm.. pengajaran yang boleh diambil berilah nama anak tu dengan nama yang ada maksudnya yang baik dengan harapan bila dewasa kelak menjadi anak yang SOLEH dan SOLEHAH..(Mengingatkan pada diri sendiri juga.. :))Jangan fikir nama tu macam nak glamour je tapi maksud bila dirujuk.. takde maksud pun.. so hati-hati ok..Contohnya.. Aina (cahaya mata).. Naqibah (pemikiran yang tajam)..hehe puji nama anak saudara sendiri..huhu

Alaa.. banyak lagi nama yang baik2..Emm.. macam nama saya pun ada maksud tau "Noryatimah"... yang bermaksud "yang berharga".. tak percaya???.. rujuk kamus ok.. :).Tapi takde kena mengena dengan pelakon "Neng Yatimah" ok..huhu.. mak kata nama saya diambil dari nama seorang cikgu yang agak rapat dengan kakak-kakak saya..masa sekolah rendah dulu.. nama dia cikgu Noryani.. tak tahulah boleh jadi Noryatimah.. tak taulah .. kesahihannya yang sebenar-benarnya.. hehe..

Berbalik pada nama orang Bugis ni memang unik.. Orang zaman dahulu ada juga yang mengambil nama anak mereka berdasarkan kejadian alam.. contohnya.. Bintang dan Bulan..Matahari, Langit,Pelangi.. tak pernah dengar plak.. ada ke???.. hahaha.. nama Bintang tu memang ada.Nama mak saya ada dua.. Halimah atau Bintang.. nama makcik Buana yang bermaksud Bulan.. huhu.. nama kakak sepupu saya lagi best.. Fadak yang bermaksud tetamu..unik kan.. :)

Ok.. lagi satu korang perasan tak orang Bugis ni suka sangat mengubah suai nama seseorang tu kan.. contohnya macam ni..

Omar - Umareng
Ahmad - Hammak
Mahmud - Hammuk
Jaafar - Jafak
Abd Rahman - Amang / Emang
Hasyim - Aseng
Husin - Using

Kan.. ni sebahagian je.. banyak lagi sebenarnya..huhu pengubahsuaian ni berlaku mungkin mereka membahasakan nama-nama tersebut mengikut loghat Bugis yang mereka tuturkan.Selain itu ada juga nama dia biasa je.. tapi telah diubah suai juga kepada nama yang agak Bugis..huhu.. contoh terdekat...

Siti Khadijah - Senak
Ramlah - Puasa

Huhuhuhu.. semua nama yang dikatakan mengalami pengubahsuain.. (perghhh!!. ayat aku).. macam nak tukar pe je.. huhu.Contohnya berlaku sesuatu peristiwa atau hanya sebagai nama timang-timangan sahaja seperti contoh di atas..:)

Hamboi.. panjang lebar.. kita bercerita yer.. saja nak melepaskan rindu DENDAM.. hahaha.. oklah moral of the story..

                       Jaga Akhlak Kita.. Seindah Nama Kita.. RENUNG-RENUNGKAN .. :)

Thursday, 3 January 2013

Nasu Bale Farang Siba Bejabuk.... :)

Salam semua,

Ingat lagi janji kita..hehe. alaaa.. buat2 lupa plak.. hehe.Ok untuk post yang kali ni saya nak kongsikan cara penyediaan lauk yang selalu dihidangkan bersama burasak.Korang nak tau... kalau lauk ni takde memang tak lengkap r.. rasanya memang ada yang tak kena jer.. korang pernah dengar lauk "NASU BALE FARANG" dan "BEJABUK".... alaaa kalau anak orang Bugis.. memang confirm tau punya..huhu.. tapi lauk ni memang dah popular dah.. semua orang dah tau..tak kira la.. bangsa dan keturunan apa.. semua orang tau..hehe

Nama lauk tu dalam bahasa Bugis tapi dalam bahasa Melayu.. "IKAN PEDAS PARANG" dan "SERUNDING".Ok korang dah faham kan..huhu...untuk pengetahuan korang.. "NASU BALE FARANG" dimasak tanpa menggunakan minyak.Baik untuk kesihatan terutama mereka yang ada kolestrol tinggi dan mengambil berat tentang kesihatan mereka.

Lagi satu.. lauk ni.. makin lama makin sedap.Maksudnya kalau kita panaskan beberapa hari.. rasanya memang makin sedap dan kuahnya lebih pekat... tak macam lauk lain.. kadang-kadang sehari panaskan  esoknya rasa dah lain..

Ok kenapa ikan parang???.. tak boleh guna ikan lain ke???.. Emmm.. soalan yang bagus.. huhu.. boleh je guna ikan apa pun..tapi ikan parang lagi sedap rasanya bila dimasak "NASU BALE FARANG".. rasanya lagi ada urrmmm. hehe...ok korang tgk gambo bawah ni..
KECUR AIR LIUR KAN..huhu..







<<<< Nasu Bale Farang>>>> 

Kalau Bujabuk pulak... ini resepi turun-temurun dari arwah nenek sampai la pada mak saya...hehe.."BEJABUK"... ni pun.. sedap.Mak buat selalu tak berapa kering sangat.Macam ada basah2 sikit..Rasa dia pun mak selalu buat tak berapa pedas sangat.. sebab cucu-cucu dia memang suka makan... :)

                                                                                                




                Ms Comel <<<<Aina, Anis & Ainur>>>>>>>>
           (Amira & Aliff tiada dalam gambar..huhuhu)

Ok nak tau macam mana rupa "BEJABUK"ni.. ha..tengok gambo ni.. Nyummm..Nyummm....

     >>>>> Bejabuk >>>>> 

Sangat sedap dimakan begitu saja...hehehe.. pon SEDAP  !!!!...


Emm..oklah bagi mengelakkan dari  mengomel panjang.Kita teruskanlah dengan cara-cara nak buat kedua-dua lauk ni.Saya mulakan dengan cara-cara nak masak...


                                                             "NASU BALE FARANG"

a)Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 ekor 'Bale Farang' (Ikan parang)
-3 senduk 'Ladang rakko' (Lada kering) yang dikisar
-3 biji 'Lasuna cellak' (Bawang merah)
-5-6 biji 'Lasuna Futeh' (Bawang putih)
-Secukup rasa 'Waie asang'(Air asam)

b)Cara menyediakan:
-Kisar semua bahan seperti bawang merah dan putih
-Masukkan kesemua bahan yang dikisar bersama lada kering yang dikisar
-Masukkan air asam jawa dan air secukupnya
-Masukkan ikan parang


         

-Biarkan mendidih
-Masukkan sedikit garam secukup rasa
-Masak sehingga ikan masak
-Sedia untuk dihidang

            

                                                           

                                                           'BEJABUK'


a)Bahan-bahan yang diperlukan:
-'Keluku furani ni soh  (kelapa yang telah dikeringkan)
-'Lasuna Cellak' (Bawang merah)
-'Lasuna Futeh) (Bawang Putih)
-'Serreh (Serai)
-'Likkuk' (Lengkuas)
-'Fejje' (Garam)
-'Minyak (Minyak)
-'Anak bale' ) (Ikan bilis)
-'Ladang rakkoh' (Lada kering)
-'Cili sos' (Sos cili)

b)Cara menyediakan:
-Kelapa yang telah dikeringkan akan digoreng sehingga garing
-Bahan seperti serai, lengkuas,bawang merah, bawang putih dan ikan bilis akan dikisar halus
-Panaskan minyak

   

-Masukkan bahan yang dikisar tadi bersama lada kering yang dikisar
-Goreng sehingga garing
-Kemudian masukkan kelapa goreng.Gaul sehingga sebati
-Masukkan sos cili dan garam secukupnya
-Sejukkan dan sedia untuk dihidang

    

Ha... itu jelah cara-caranya... senang kan... SENANGLAH SANGAT!!! hehe.. nak tak nak je buat kan???...Post kali ni mungkin dapat membantu anda semua yang nak cuba buat.Ini juga mengingatkan diri saya sendiri  untuk terus menyimpan dan mengamalkan resipi turun temurun ini agar tidak terus dilupakan bahkan akan terus kekal dalam ingatan semua amnya dan WARGA ANAK BUGIS...khususnya :)


      +      +             


                    =             Burasak + Bejabuk + Nasu Bale Farang

LETTEK KI MANRE (JEMPUT MAKAN)... huhuhuhu... :)


Thursday, 27 December 2012

Burasak..Oh Burasak.. . Nyumm..Nyumm..:)




Makanan masyarakat Bugis juga mempunyai makanan tradisional mereka sendiri yang mana pada kebiasaannya makanan ini dibuat dan dipersembahkan hanya pada hari-hari dan majlis-majlis tertentu sahaja.Antaranya ialah ’toppi-toppi’, ’lepek-lepek’, ’beppa loppo’, ’sessok dan banyak lagi.Namun begitu, di antara beberapa jenis makanan masyarakat Bugis, ’burasak’ merupakan makanan yang agak popular bukan sahaja di kalangan masyarakat Bugis, malahan turut popular di kalangan masyarakat Jawa, Banja, Melayu dan kaum-kaum lain seperti kaum Cina dan India.Memang agak pelik apabila kaum Cina dan India turut menyukainya.

Namun itulah hakikatnya.Tidak hairanlah apabila ada yang mengatakan sekali merasa makan burasak, pasti tidak akan lupa dan mahu berkali-kali.Hal ini dapat dibuktikan daripada pengalaman saya sendiri yang mempelawa kawan sekerja berbangsa lain untuk merasanya.Selepas merasanya ternyata mendapat pujian Ada di kalangan mereka yang sanggup berkunjung ke rumah masyarakat Bugis semata-mata untuk merasa burasak pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban.Tidak ketinggalan juga yang sanggup menempah dan membeli burasak walaupun dijual dengan harga yang agak tinggi.

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.

a)Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Berrek’
(beras)


  • Santang’
(santan)


  • Waie’
(air)
  • Fejje’
(garam)




b)Cara menyediakan nasi ‘Burasak’
  • Beras dibasuh dengan bersih
  • Santan yang siap diperah, dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan beras yang dibasuh tadi.
  •  Masukkan sedikit garam.
  • Kemudian, beras yang dicampur tadi sedia untuk ditanak.
  • Tanak nasi hingga nasi separuh masak.
  • Apabila nasi masak, sejukkan nasi untuk proses membungkus.


                                         
Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan untuk membungkus ‘burasak’

a)Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Daung Otti’ (daun pisang)
  • Tulluk Rafia’ (tali rapia)
b)Cara-cara membungkus  burasak
  • Bahagian daun pisang yang sesuai untuk membungkus adalah bahagian pucuk pisang.
  • Kemudian, daun tersebut hendakah disalai agar daun tersebut lembut dan tidak mudah koyak.
  • Daun pisang diperlukan untuk membungkus nasi ‘burasak’ dan untuk membungkus bongkah ‘burasak’.
  • Daun untuk membungkus nasi ‘burasak’ akan dikoyak berukuran saiz seperti membungkus lepat-lepat.
  •  Manakala, daun untuk membungkus bongkah burasak adalah lebih besar dan lebar.
  • Nasi burasak yang telah sejuk, diletakkan ke atas daun pisang dengan setengah senduk nasi burasak.
  • Kemudian nasi burasak diratakan dan daun pisang dilipatkan ke hadapan.
  • Bungkus semua nasi burasak sehingga habis.
  • Setelah semua nasi burasak dibungkus,kepingan burasak tersebut akan dibungkus sekali lagi.
  • Setiap lima keping burasak akan dibungkus dengan menggunakan daun pisang yang lebih besar menjadi bongkah burasak.
  • Seterusnya, bongkah burasak tersebut akan diikat dengan tali rapia dengan ketat dengan melilitkan tali keseuruh bongkah tersebut.
  • Ikatan tersebut hendakah diikat dengan ketat agar air tidak masuk ke dalam bongkah ‘burasak’.
  •  Bagi memudahkan proses rebusan, bongkah burasak hendaklah diikat antara satu sama lain, agar mudah diangkat apabila sudah direbus.
  • Setelah siap diikat, bongkah burasak akan sedia direbus.


          

       

                                  



    b)Cara-cara merebus burasak


  • Periuk yang besar diperlukan untuk memasukkan bongkah burasak.
  • Masukkan air ke dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.
  • Apabila air mendidih, maka bongkah burasak tadi akan dimasukkan.
  • Sebelum periuk ditutup, masukkan beberapa helai daun pisang untuk menutup bongkah burasak daam periuk tersebut.
  •  Biarkan selama lapan jam untuk direbus.
  • Rebusan ini hendaklah dijaga dengan menambah air ke dalam periuk rebusan.
  • Setelah lapan jam,bongkah burasak bolehlah diangkat dan disejukkan.
  • Kemudian burasak sedia untuk dihidangkan.



  •           


    Nota:Nak tau burasak sangat sedap makan bersama lauk apa???.. Nantikan post yang akan datang ok.. TERBAIK daripada WAK LIMAH.. :)






    Wednesday, 26 December 2012

    Masyarakat Bugis di Benut perlu tahu... huhuhu... :)


    Mukim Benut merupakan kawasan yang paling ramai penduduk berkecil keturunan Bugis di negeri Johor, malah mungkin juga ia merupakan suatu penempatan Bugis yang mempunyai masyarakat Bugis teramai di Malaysia.Apa yang istimewanya di Benut ialah masyarakat Bugisnya masih lagi mengamalkan adat dan istiadat orang-orang Bugis dahulu kala.Adat dan istiadat yang mereka amalkan kini disesuaikan dengan peredaran zaman agar ia tidak ketinggalan dan luput ditelan zaman.

    Pada awal kedatangan orang-orang Bugis di Benut, kawasan Benut hanyalah merupakan kawasan hutan di persisiran pantai yang tidak diterokai.Maka penduduk-penduduk yang telah bertapak di kawasan Tanjung Piai, Kampung Sungai Kuali, Sungai Rambah, Teluk Kerang dan kawasan-kawasan di mukim Karang dan Permas Kecil datang dengan menggunakan tongkang.Pada mulanya mereka datang hanya untuk berniaga, namun setelah mereka melihat kawasan Benut mempunyai potensi untuk pertanian terutamanya bagi tanaman kelapa,pinang serta pisang, mereka segera memulakan langkah untuk membuka tanah-tanah baru di sini.Maka dibawalah saudara mara dan sanak saudara berhijrah ke Benut untuk membuka penempatan baru di Benut. (Hj Mad Sah, 2008).

    Penghijrahan orang Bugis di Benut, Mukim Benut menjadi semakin berkembang dan maju.Ia suatu ketika dahulu pernah menjadi sebuah pelabuhan interport di kalangan pedagang-pedagang Nusantara.Benut menjadi tempat untuk pertukaran barang.Sungai Benut yang sejak azali telah wujud di Benut telah menyaksikan perkembangan Benut dari sebuah hutan yang tiada manfaatnya kepada sebuah bandar kecil yang semakin maju.Namun sebelum Benut diwartakan sebagai sebuah mukim, kawasan Benut adalah sangat luas.Ia meliputi kawasan Air baloi hinggalah ke kawasan Senggarang di Batu Pahat.Di sepanjang kawasan ini,kesemua penempatannya di buka oleh orang-orang Bugis.Namun setelah Benut diwartakan, kawasan Benut menjadi semakin kecil, namun masih lagi padat dengan orang-orang Bugis.

    Sumber maklumat daripada:
    (Pusat Kebudayaan Masyarakat Bugis)
    -Mohd Yunus Bin Embok Mosik-

    Tuesday, 25 December 2012

    Ingin tahu sejarah masyarakat Bugis Di Malaysia..jom baca..:)

     

    Sebelum itu suka saya tegaskan di sini Saya Bangga Jadi Anak Bugis..huhuhu..ingin mengetahui sejarah Bugis di Malaysia.. ini dia 100% copy cat daripada www.portalbugis.com.. baca artikel asal di sini..


    Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana  mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah  Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.


    Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.


    Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas. ddPehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.

    Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau.


    Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi.


    Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana.  Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).


    Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.


    Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.


    Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.


    Pakaian tradisional bugis.. pakaian ini masih dipakai oleh pasangan pengantin masyarakat bugis di negeri Sabah, sumber cikguanah.blogspot.com


    Pakaian tradisional Bugis.. baju Bodo.. sumber smamuhiyogya.org

    'Askara Lontara Bugis'.. tulisan Bugis, sumber http://w-yudi.blogspot.com
     

    Mukaddimah... :)



    Assalamualaikum...

    Aga Gareba?... Gareba Madeceng.. :)..Hehe... tu baru sikit.. hehe..
    Nama aku Yatie.. nama Bugis aku pun Yatie... tapi anak sedara aku panggil Cik Yatie.. hehe.. naik pangkat sikit.. huhu...

     Hehe.. Salam semua.. aku sememangya tulen anak Bugis.. walaupun xla berapa pandai nak cakap Bugis.. sebab bila cakap tu cam pelat je ..huhu  tapi itu bukan alasan untuk aku lupa bahasa keturunan aku.. tapi bila orang cakap bahasa Bugis.. cnfrm aku faham beb... So jangan ngumpat aku guna bahasa Bugis ae... hihi..

    Walaupun kakak-kakak aku skang dah kawen mix ngan anak orang Melayu, Banjar & Jawa.. itu tidak menjadi penghalang untuk kami sekeluarga cakap Bugis.. hihi.. so aku mesti la cari pasangan Emmm anak Mat Salleh kot.. hehe  berangan jer..huhu

    Dak eh of coz kena cari... Emm orang Malaysia r.. huhu..Nway.. ni baru jer permulaan.. banyak lagi yang akan dikongsi bersama.. terutama tentang masyarakat Bugis.. so Tungguuuuu!!!!


    Jangan lupa temu janji kita yer :)