Makanan masyarakat Bugis juga mempunyai makanan tradisional mereka sendiri yang mana pada kebiasaannya makanan ini dibuat dan dipersembahkan hanya pada hari-hari dan majlis-majlis tertentu sahaja.Antaranya ialah ’toppi-toppi’, ’lepek-lepek’, ’beppa loppo’, ’sessok dan banyak lagi.Namun begitu, di antara beberapa jenis makanan masyarakat Bugis, ’burasak’ merupakan makanan yang agak popular bukan sahaja di kalangan masyarakat Bugis, malahan turut popular di kalangan masyarakat Jawa, Banja, Melayu dan kaum-kaum lain seperti kaum Cina dan India.Memang agak pelik apabila kaum Cina dan India turut menyukainya.
Namun itulah hakikatnya.Tidak hairanlah apabila ada yang mengatakan sekali merasa makan burasak, pasti tidak akan lupa dan mahu berkali-kali.Hal ini dapat dibuktikan daripada pengalaman saya sendiri yang mempelawa kawan sekerja berbangsa lain untuk merasanya.Selepas merasanya ternyata mendapat pujian Ada di kalangan mereka yang sanggup berkunjung ke rumah masyarakat Bugis semata-mata untuk merasa burasak pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban.Tidak ketinggalan juga yang sanggup menempah dan membeli burasak walaupun dijual dengan harga yang agak tinggi.
Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.
a)Bahan-bahan yang diperlukan:
- ‘Berrek’
(beras)
- ‘Santang’
(santan)
- ‘Waie’
(air)
- ‘Fejje’
(garam)
b)Cara menyediakan nasi ‘Burasak’
- Beras dibasuh dengan bersih
- Santan yang siap diperah, dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan beras yang dibasuh tadi.
- Masukkan sedikit garam.
- Kemudian, beras yang dicampur tadi sedia untuk ditanak.
- Tanak nasi hingga nasi separuh masak.
- Apabila nasi masak, sejukkan nasi untuk proses membungkus.
Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan untuk membungkus ‘burasak’
a)Bahan-bahan yang diperlukan:
- ‘Daung Otti’ (daun pisang)
- ‘Tulluk Rafia’ (tali rapia)
b)Cara-cara membungkus burasak
- Bahagian daun pisang yang sesuai untuk membungkus adalah bahagian pucuk pisang.
- Kemudian, daun tersebut hendakah disalai agar daun tersebut lembut dan tidak mudah koyak.
- Daun pisang diperlukan untuk membungkus nasi ‘burasak’ dan untuk membungkus bongkah ‘burasak’.
- Daun untuk membungkus nasi ‘burasak’ akan dikoyak berukuran saiz seperti membungkus lepat-lepat.
- Manakala, daun untuk membungkus bongkah burasak adalah lebih besar dan lebar.
- Nasi burasak yang telah sejuk, diletakkan ke atas daun pisang dengan setengah senduk nasi burasak.
- Kemudian nasi burasak diratakan dan daun pisang dilipatkan ke hadapan.
- Bungkus semua nasi burasak sehingga habis.
- Setelah semua nasi burasak dibungkus,kepingan burasak tersebut akan dibungkus sekali lagi.
- Setiap lima keping burasak akan dibungkus dengan menggunakan daun pisang yang lebih besar menjadi bongkah burasak.
- Seterusnya, bongkah burasak tersebut akan diikat dengan tali rapia dengan ketat dengan melilitkan tali keseuruh bongkah tersebut.
- Ikatan tersebut hendakah diikat dengan ketat agar air tidak masuk ke dalam bongkah ‘burasak’.
- Bagi memudahkan proses rebusan, bongkah burasak hendaklah diikat antara satu sama lain, agar mudah diangkat apabila sudah direbus.
- Setelah siap diikat, bongkah burasak akan sedia direbus.
b)Cara-cara merebus burasak
Masukkan air ke dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.
Apabila air mendidih, maka bongkah burasak tadi akan dimasukkan.
Sebelum periuk ditutup, masukkan beberapa helai daun pisang untuk menutup bongkah burasak daam periuk tersebut.
Biarkan selama lapan jam untuk direbus.
Rebusan ini hendaklah dijaga dengan menambah air ke dalam periuk rebusan.
Setelah lapan jam,bongkah burasak bolehlah diangkat dan disejukkan.
Kemudian burasak sedia untuk dihidangkan.
Nota:Nak tau burasak sangat sedap makan bersama lauk apa???.. Nantikan post yang akan datang ok.. TERBAIK daripada WAK LIMAH.. :)